Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday # 11

Sweet Memories

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #10





Tuesday, September 20, 2011

Wordless Wednesday # 9

Tuesday, September 13, 2011

PERINGATAN: PENIPUAN KAD KREDIT & LANGKAH PENCEGAHAN

Lagi Penipuan Kad Kredit....

As Salam...


Ari nie Chek nak share pasal Kes Penipuan Kad Kredit & langkah pencegahan. Kes nie berlaku pada diri Chek sendiri...ceritanya begini:

Semalam 12/09/2011 chek menerima satu panggilan telefon yang kononnya daripada Pegawai Customer Services Hong Leong Bank (nama pegawai Tan Ing Teng no tel: 07-5112826) yang mengatakan bahawa Chek telah memohon master card Hong Leong Bank (no Acct 5734310072043537) pada 26/04/2011 yang mempunyai limit credit sebanyak RM9000.00 dan mengatakan Chek telah berhutang dengan Hong Leong Bank sebanyak RM7246.00 walhal Chek tidak pernah memohon mana2 kad kredit apatah lagi menggunakan kad kredit. Pegawai Customer Service dari Hong Leong Bank itu juga mengatakan bahawa Chek juga akan menerima panggilan daripada Balai Polis Johor Baharu berhubung dengan perkara itu.Beberapa minit kemudian Chek menerima satu lagi panggilan daripada seorang lelaki Cina menggunakan no (07-5561222) yang menyatakan bahawa beliau adalah Pegawai Polis dari Johor Baharu. Merasakan bagai ada sesuatu yang agak mencurigakan, lalu Chek bertindak untuk memutuskan perbualan dan membuat laporan Polis berkenaan isu tersebut. Di Bawah adalah salinan asal laporan Polis yang Chek buat..


LAPORAN POLIS

 Daripada apa yang dimaklumkan oleh Pegawai Polis yang bertugas, panggilan telefon itu adalah salah satu sindiket penipuan/pangilan palsu...yang cuba memperdayakan org ramai untuk memasukkan sejumlah wang di dalam akaun yang diberikan @ mereka cuba untuk mendapatkan MAKLUMAT SULIT BANK ANDA .Berkenaan no yang didakwa daripada Balai Polis Johor,pegawai polis yang bertugas mengesahkan bahawa no yang tertera di skrin handphone Chek memang no Telefon Balai Polis Skudai(075561222).(* dan Chek sendiri telah membuat beberapa search di INTERNET dan mendapati no tersebut sememangnya no tel Balai Polis Skudai)Menurut pegawai berkenaan,sindiket tersebut mempunyai alat untuk menggunakan no sesiapa shj yang dirasakan dapat dimanipulasikan bagi menjayakan niat JAHAT mereka.Antara langkah2 keselamatan sekiranya terjadi perkara tersebut adalah seperti berikut:


Apa yang perlu ANDA lakukan???
  1.  JGN PANIK!!!.(Ini sangat penting: untuk bertenang supaya mangsa dapat berfikir secara waras apakah tindakan selanjutnya)
  2. Catit segala maklumat penting seperti(nama pegawai,dari cawangan mana,no akaun,no telefon,masa,tarikh dan lain2 maklumat yang dirasakan dapat menolong anda ) yang diberikan dengan teliti supaya senang semasa membuat laporan polis.
  3. Jgn dedahkan maklumat peribadi ANDA kepada sesiapa sahaja melalui TELEFON,SMS @ EMAIL. Sekiranya ingin membuat laporan Polis,sila ke balai yang berdekatan dengan anda.
  4. Sekiranya anda mensyaki sesuatu yang tidak kena, cuba meminimalkan perbualan anda.
  5. Sila buat semakan/pengesahan samada no yang tertera adalah no daripada bank berkaitan.
  6. Sentiasa peka dengan pengumuman yang dibuat oleh Pihak Bank Negara dan polis. 
  7. Sila buat panggilan/aduan ke Bank yang berkaitan untuk pengesahan.
  8. BUAT LAPORAN POLIS.


Sekiranya ada dikalangan ANDA pernah menghadapi situasi sebegini,apakah tindakan yang ANDA akan lakukan??...


Sekian...


Terima kasih kerana sudi BACA,FIKIR dan TAFSIR.


Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday # 8



Wednesday, August 10, 2011

Siapa Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara,Modus Operandi dan cara menanganinya???

As Salam...
Chek terpanggil buat post pasal Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara nie bila terbaca dalam satu post mengenainya dalam http://ohduniaku.com/makcik-hajjah-sitt-al-wuzara. Walau siapapun Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara nie, Chek harapkan agar Allah s.w.t berikan hidayahNya dan lindungi kita semua dari fitnah musuh2 org Islam. Ingatlah wahai Sahabat Seagamaku bahawa "SENJATA UTAMA ORG ISLAM" adalah "DOA"

Pada pandangan Chek, Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara nie adalah seorg:

  • Anti Islam- kerana semua postnya yang mencaci AGAMA ISLAM.
  • Berkemungkinan besar seorg Atheist.
  • MUSUH ORG ISLAM.
  • Sorry to say "Seorg yang PENGECUT"- sebab berselindung di balik gambar LADY GAGA(* mungkin juga dia seorg peminat  FANATIK dan pengikut ajaran LADY GAGA)
  • JAHIL bila berhujah bab AGAMA ISLAM.
  • Berkemungkinan juga seorg yang ingin meraih POPULARITI.

Modus Operandi Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara :
  1. Memutar belitkan FAKTA mengenai AGAMA ISLAM.
  2. Memecahbelahkan UMAT ISLAM.
  3. Menimbulkan HURU-HARA.
  4. Menyebarkan AJARAN SESAT.
  5. Mencetuskan KONTROVERSI.
Cara-cara menangani Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara :
  • Umat Islam perlulah bersatu menentang fitnah Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara.
  • BERDOA agar Allah s.w.t melindungi diri kita,saudara se Islam sekian dari fitnah para musuh Islam. (Ingatlah bahawa Senjata UMAT ISLAM YANG PALING AMPUH ADALAH DOA).
  • Lawan org yang JAHIL adalah org yang AHLI/BERILMU. So, pada pendapat Chek bila kita hendak berlawan hujah dengan org2 sebegini,seharusnya kita mempunyai ilmu agama yang tinggi.

P/S: mungkin kita tidak mampu berlawan secara JASMANI, tapi kita mampu melawan melalui kekuatan ROHANI.

Di sini Chek serta kan doa pelindung yang boleh diamalkan :

Doa dibawah dipetik dari http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/06/doa-pelindung-diri.html

Doa Pelindung Diri


بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Maksudnya : Dengan Nama Allah yang dengan namaNya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)
Dalam Sunan at-Tirmidzi dikatakan: "Sesiapa yang pada waktu pagi dan petang membaca doa ini sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada hari itu.


أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّات مِنْ شَرِّ مَا خَلَق
Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan makhluk. (Riwayat Muslim)
Perawi hadis ini berkata: Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca doa ini sebanyak tiga kali pada satu malam, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada malam itu." Pada satu malam, perawi hadis ini disengat kala jengking. Kemudian orang bertanya kepadanya:"Mana hadis yang kamu riwayatkan dahulu kepada kami, sedang kamu sekarang (ditimpa keburukan yang serupa) disengat kalajengking?" Ia menjawab:"Demi Zat yang tidak ada Tuhan selain Allah, aku lupa membacakan doa itu pada malam ini"



Amin....Ya Rabbal Alamin...


Sekian dulu...tq kerana sudi BACA.FIKIR.TAFSIR.

Tuesday, August 9, 2011

Wordless Wednesday # 7



What more can we ask,when we have.......





Tuesday, August 2, 2011

Wordless Wednesday # 6


Monday, August 1, 2011

Quick Update 02/08/2011

Salam....

Setelah beberapa minggu dalam hiatus mode...kini Chek kembali bersemangat untuk menulis(* setelah baca blog En Ben)...banyak yang hendak dicerita dan dikongsi bersama....Insya Allah, dalam minggu nie juga Chek akan buat beberapa renovation blog...So,harap kome semua bersabar ye....


Di kesempatan ini juga Chek ingin mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.Semoga bulan ini,memberi seribu keberkatan dan Rahmat buat kita semua dan semoga amalan kiter diterimaNya.Amin....


Jumpa lagi di lain entry...

Tuesday, July 26, 2011

Wordless Wednesday # 5

Tuesday, July 12, 2011

Wordless Wednesday # 4


Monday, July 11, 2011

Ops "BERSIH"

Salam....

Sana sini org bercakap pasal BERSIH nie...dari pak menteri,wartawan,pak aji2 kat kedai kopi, blogger-blogger otai,blogger2 baru nak belaja otai...n x ketinggalan para suri rumah....semuanya gara2 perhimpunan BERSIH yang diadakan pada Sabtu lepas(090711)...yang telah mencetuskan fenomena ala2 Tsunami...panas bergelora...

Pstttt.....Pssstttt.... Chek nak tanya korang,kalo perkataan  "BERSIH" apakah yang bermain di minda korang???...

  1. Perhimpunan BERSIH yang dianjurkan oleh S.Ambiga?????
  2. Warna KUNING????
  3. Sekatan Jalan Raya,Trafik JAM,FRU,Polis,Gas Pemedih mata???
  4. Maskot DIGI????


Conpius jab???...Maskot DIGI????


KUNING= BERSIH????
* Gambar courtesy drp Pakcik Google...

Hurm....ataupun????
  1. Warna PUTIH???
  2. Pemandangan yang sedap mata memandang???
  3. Suasana yang mendamaikan,memberi ketenangan???
  4. KEHARMONIAN????

Pilihan adalah di tangan ANDA.....

Tapi....bagi Chek la kan......BERSIH adalah:
  1. Warna PUTIH = BERSIH
  2. BERSIH= SUCI & MURNI
  3. BERSIHkan hati dan nurani daripada PHD@ perasaan hasad dengki..
  4. BERSIHkan jiwa daripada kekusutan.
  5. BERSIHkan jiwa daripada anasir2 yang x elok.Budaya/benda yang memudaratkan.
  6. BERSIH = KEHARMONIAN
  7. Agama ISLAM sendiri mengajurkan supaya umatnya menjaga keBERSIHan diri samada dari segi ROHANI mahupun JASMANI.
Kesimpulannya,apabila keBERSIHan ROHANI terjaga,maka secara tidak langsung KeBERSIHan JASMANI terpelihara.

 P/S:Disini Chek ingin memaklumkan bahawa Chek tidak memihak kepada mana2 pihak....

 Terima kasih kerana sudi BACA,FIKIR & TAFSIR.

Saturday, July 9, 2011

Sesapa nak iklan grapevine????

Salam.....


Hurm....quick update.Ari nie buka2 je blog tetiba nampak iklan grapevine kat blog.Perasaan???..hurm....tentula teruja....Tq  Mr Nuffnang.sesaper nak moh cepat2 terjah blog Chek.Limited time only...hehehehehe.



Jom layan gambo nie...

Selamat bergrapevine....

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday # 3


 040709



Thursday, June 30, 2011

Blogwalking: Apa yang kome semua cari?????

Salam.....


Ok.......kat mana nak setart ye.

Tajuk Chek ari nie,Blogwalking:Apa yang kome semua cari????.

Hurm......Chek pasti kome semua pernah berblogwalking?.Tapi, pernahkah kome-kome semua terfikir akan tujuan kome semua berblogwalking????.


Bg Chek la kan....banyak pekdahnya berblogwalking nie, antaranya:

  1. Kita boleh membina network/jaringan sosial(*Sebolehya jagalah ukhwah diantara blogger).
  2. Minda kita akan lebih terbuka bila kita belajar melalui cerita2/pengalaman di blog org lain.(*setiap blog ada keistimewaan dan tarikannya yang tersendiri...tak percaya???...cubalah berblogwalking,pasti berbaloi...baloi..)
  3. Melalui blogwalking, kita dapat memahami dan mengenal ragam manusia (*iyolah,kan yang tulis blog tu semua manusia..seharusnya meke mempunyai perasaan,btul dak???)
  4. Kita juga mungkin akan jumpa blogger yang mempunyai MINAT yang sama...,masalah prob yang sama...,IDEOLOGI yang sama...pendek kata...kome semua mungkin akan jumpa klik @ geng yg same...(B2b la,M2b la, dan mcm2 jenis 2b lagi la.......)
DAN YANG PALING PENTING:


Bila berblogwalking,Chek selalu ingatkan diri sendiri agar:
  1. BACA,FIKIR & TAFSIR sebelum memberi respon kepada isu-isu yang bakal menyentuh sensetiviti rakan2 blogger yang lain.
  2. KAWAL EMOSI, GAYA PENULISAN & BAHASA semasa meluahkan idea @ pendapat.
  3. Berinteraksi dengan lebih berhemah eventhough apa yang bakal kiter baca tu mungkin bercanggah dengan IDEOLOGI &MINAT kiter.
  4. Menulis @ mengkritik dengan lebih santai agar org/blogger yang ditegur itu lebih terbuka untuk menerima pendapat kiter.
  5. Selalu megingatkan diri sendiri, bahawa apa yang Chek tulis bakal memberi IMPAK kepada diri dan PERSONALITY diri.
  6. Last but not least, HORMATI ORG LAIN,KERANA DENGAN ITU MEREKA AKAN BELAJAR MENGHORMATI KITA.

Sekian......

TQ kerna sudi baca,fikir dan tafsir....
selamar beramal dan renung2kan...
-ikhlas dr Simplyme...

Tuesday, June 28, 2011

Wordless Wednesday # 2

Yellow =Royal Cheers
Baca dr Kanan ke kiri @ kiri ke kanan???

Tuesday, June 14, 2011

Blog,cerminan wajah dan personaliti kita....

Salam semua...

Chek harap semuanya dalam kesihatan yang memberangsangkan...ok, mungkin ramai yang tertanya2 apakah maksud Blog,cerminan wajah dan personaliti kiter??.Hurm....ok,kenapa Chek cakap Blog,cerminan wajah dan personaliti kita???...Ok...nie jawapan Chek.Let's check it out!!!

Cara dan gaya penulisan mencerminkan peribadi dan kematangan author sesebuah blog.Pada pendapat Chek, MATANG nya sesebuah blog apabila:
  • Meke menulis dengan cara yang santai dan kreatif bagi mengupas isu2 sensetip.
  • Meke memberi respon secara dengan memberi komen-komen yang lucu.
  • Ada juga yang akan buat special entry ttg sesuatu yang HOT di blogosphere.
  • Apabila, meke belajar menerima kritikan secara positif,tanpa perlu ter"LEBIH" hormon emo.
  • Apabila,meke belajar melalui blogger2 lain,terutamanya blogger2 otai.
Kesimpulannya: Apabila kita menulis,tulislah secara berhemah kerana setiap apa yang kiter tulis tu bakal memberikan IMPAK kepada diri dan PERSONALITI kiter.

*entri ini adalah sekadar ingatan kepada diri sendiri dan buat pedoman para blogger yang lain.

Sekian...terima kasih kerana sudi baca..

Wordless Wednesday...entry tanpa cerita


Friday, June 10, 2011

Blogger,Blogwalking,Networking & Trafik

Salam semua....

Mungkin ramai blogger yang diluar sana kurang mengetahui apakah kepentingan Blogger,Blogwalking, Networking  dan kepentingannya pada blogger dan apa pula kaitannya dengan trafik?...Chek nak tanya, berapa ramai blogger yang diluar sana tau apakah kaitan antara networking & Blogging ???....cher habaq kat Chek...*pst...pst...sapa tau sila angkat keyboard yer....

Daripada kajian rawak yang Chek lakukan, kebayakkan blogger2 otai (seperti Redmummy,Yuyu Zulaikha, Ben, Cik Epal-sekadar menyebut beberapa nama... & ramai lagi blogger otai ) yang mempunyai ratusan mahupun riban  ribuan follower bermula daripada 0. Iaitu daripada tiada follower kepada beribu2 follower.

Jom kome semua kaji trend ni:



Mereka semua bermula dari 0( iaitu tanpa followers). Bagaimana mereka berkembang???.Chek yakin 100% tentu ramai yang berminat untuk tahu kan....kan???.


Carta Aliran Blogger





 Ok,daripada carta diatas....kita dapati, boleh dikatakan semua blogger2 otai memulakan langkah terlebih dahulu untuk membina rangkaian/networking(dengan menggunakan konsep do follow). Meke semua percaya, dengan membina rangkaian, ia secara tidak langsung akan menaikkan jumlah trafik ke blog mereka.TETAPI...haruslah diingatkan,untuk mengekalkan trafik bukanlah sesuatu yang MUDAH,maka mereka perlulah memastikan bahawa setiap post mereka adalah asli dan mempunyai "MARKET VALUE" iaitu mempunyai nilai yang tinggi untuk menarik minat para pengunjung blog mereka....,mereka nie boleh di ibaratkan seperti SALESMAN yang cuba menjual produk masing-masing, dan mereka perlu bersaing secara sihat dan kreatif untuk mengekalkan jumlah trafik mereka.

Ok, moh kita kaji pula apa kaitan blogwalking dan trafik???

  1. Melalui blogwalking,mereka secara tidak langsung membina networking.
  2. Apabila networking berkembang, maka jumlah trafik ke blog mereka juga akan berkembang.
Kesimpulannya: Blogwalking bukan sahaja dapat membina rangkaian,malah ia juga penting untuk menaikkan jumlah trafik ke laman blog anda.....

Sekian,disini Chek ingin mengucapkan Happy Berblogwalking.... ;)

Sunday, June 5, 2011

Segmen : Promosi Blog Di Kizmyself

Salam.....


Ari nie,sewaktu Chek berblogwalking, Chek terjumpa satu blog nie. Apa yang menarik minat Chek ttg blog nie, Blog nie ada create satu segmen yang diberi nama Segmen: Promosi Blog Di Kizmyself.





Cara-cara menyertainya,bolehla layari KizMyseLF.

Jom kita reramai serbu blog KizMyseLF nie.Mmg berbaloi-baloi.Chek dah join....kelebihan join segmen macam nie boleh menambahkan kenalan blogger disamping bertukar-tukar pendapat.Sharing is caring, right??

Friday, May 27, 2011

"Semakin derita menghimpit kita,semakin dekat rahmat menghampiri kita..".

Ni adalah sebahagian dialog antara Aidil dan Nur Amina yang memberi kesan mendalam kepada Chek...

Salam.....


Setelah beberapa ari cerita Nur Kasih ditayangkan di panggung iaitu pada 26/5 barulah Chek ngan Hubby Chek berpeluang p tgk.Kami pi tgk kat Cathay e curve kat Kota Damansara. Punyalah full house...huish....

Oleh kerana Chek x pernah mengikuti drama Nur Kasih, maka Chek masuk panggung tanpa mengetahui hujung pangkal cerita, watak Aidil,Nur Amina dan Adam. So, boleh dikatakan Chek masuk panggung tanpa element2 terpengaruh dengan drama Nur Kasih. First impression Chek:
Poster Nur kasih


Sebelum menonton Nur Kasih:
  • Wah!, ramainya umat manusia.....(dlm ati2,tertanya2 apa kelebihan citer nie yer????)
  • Siapa watak-watak utama filem nie yer????...(huhuhu....nampak sgt x berapa mengikuti perkembangan drama Melayu)
  • Tertanya-tanya apakah bentuk hubungan antara Aidil,Nur Amina, dan Adam.

Selepas menonton Nur Kasih:
  •  Ohh, patutla Full house, cerita Nur Kasih nie sarat dengan element Cinta, Kasih sayang, pengorbanan,dan kesetiaan.
  •  Watak utama Adam(Remmy Ishak), Nur Amina(Tiz Zakiyah) dan Aidil (Fizz Fairus) berjaya melakonkan watak mereka dengan berkesan....sampai x cukup tisu Chek nak lap air mata..
  • Watak Adam- seorang lelaki yang cuba menebus segala kekhilafannya di masa lampau.
  •  Watak Aidil, seorang abang yang sanggup berkorban rasa cintanya terhadap Nur Amina kerana ingin menunaikan wasiat dan amanat Ayahndanya.
  • Watak Nur Amina- kesetiaan Cintanya,kesabarannya diuji apabila Adam hilang semasa mereka bercuti di Jordan.

Kesimpulannya:

Filem Nur Kasih ini,Chek rasa bakal memberikan saingan yang cukup sengit untuk cerita-cerita yang berkonsepkan Cinta dan pengorbanan selain sarat dengan element2 islamik. Sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat tak kira usia. Filem ini juga mengajak kita merenung bahawa setiap ujian yang diberi, Insya Allah pasti ada hikmah dan jalan penyelesaiannya. Untuk itu, meh la kita sesama menyerbu ke pawagam2 berdekatan.


sebelum Chek mengundurkan diri, Jom layan

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih



Thursday, May 26, 2011

Diet oh Diet!!

Salam.....


Huish.......Chek berazam mulai ari nie iaitu (270511) Chek akan cuba Diet secara sihat.Untuk permulaan,Chek akan cuba berdiet selama dua minggu.....(nie berlaku selepas peningkatan berat secara mendadak selepas kahwin,ahaks...aper kena mengena nikah kahwin dengan berat ye???.jeng...jeng...mungkin sebab makan banyak kut.Ahaks)

Rekod berat semasa : 62kgs
* Chek nak cuba kurangkan at least 2 kgs per month...heheheh...kita tunggu n lihat ye

List to do semasa Diet
  • Kurangkan pengambilan nasi ( Dari 1 pinggan penuh 1/4 pinggan)
  • Kurangkan makan makanan segera (KFC,MC D dsg)
  • Lebihkan makan sayur-sayuran
  • Lebihkan makan buah-buahan
Nanti Chek akan updatekan berat selepas sesi diet nie...huhuhuh.Doakan Chek berjaya yer!.Amin.

Tuesday, May 24, 2011

Kupon Mc Chicken free with one purchase !!!

Salam.


Sila print kupon nie untuk redeem 1 Mc Chicken dengan satu pembelian.Sah pada 24/5 & 25/5 jer...



Sila copy n print untuk redeem kupon


Saturday, May 14, 2011

Simply Me berimej baru???

Salam....


Ari nie tetiba Chek rasa mcm nak buat pembaharuan sedikit kat Layout dan Header Chek, disebabkan dah rasa mcm dull sket sbb dari awl blog Chek nie duk pakai layout sama.Sesekali ubah penampilan,ape salahye...Iye dok?..


Hurm....mungkin warna tema blog akan dikekalkan....



Imej lama Blog












 Imej Baru May 2011






Diharapkan dengan imej header baru Chek ni akan lebih besemangat untuk berkongsi segala info2 yang berilmu dan bermafaat buat kome semua. Tagline baru header Chek " Bicara Berilmu".

Sekian.Terima Kasih kerana sudi baca.....

Saturday, May 7, 2011

Langkawi...oh Langkawi..Part 1

Salam....

Dah hampir seminggu Chek x berblog....huh....windu ssgt nak coret-coret kat blog walaupun masa tidak mengizinkan...k lah,dipendekkan citer...ari tu Chek p Langkawi(honeymoon kali ke 3 kut..hehehe).So, ari nie Chek nak berciter pasal Langkawi dan serba-sedikit tips yang Chek dpt dari pengalaman Chek.

Bercerita pasal Langkawi nie,mesti kome semua dah sedia maklum yang Langkawi terkenal dengan kawasan bebas cukai dan kaya dengan tempat2 bersejarah....oleh kerana Chek dan Hubby pergi 4 hari 3 mlm,maka hanya beberapa aktiviti saje yang Chek dapat laksanakan dengan jayanya,kalo diikutkan, pergi 1minggu baru best nak tawaf Langkawi tu.....jadi, kami pun ambil keputusan plan betul2 tempat yang kami ingin lawati antaranya Kompleks Kraf Langkawi, Island Hopping dan operasi membeli cokelat di Pekan Kuah.Oklah,xmo citer panjang.....kita layan dulu gambar2 yang sempat dirakam.














Thursday, April 28, 2011

Our World,Their War

Salam....

Ari nie Chek akan post sesuatu yang berlainan....iaitu post yang julung kalinya dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia(Bilingual) untuk memenuhi syarat contest yang dianjurkan oleh GSC-EON Bank Credit Card Nuffnang. Ok, bloggers yang berdaftar dengan nuffnang dan berstatus Glitterati boleh menyertai peraduan yang menawarkan hadiah yang agak lumayan dan berbaloi-baloi.....


prizes : 
Panasonic VIERA 3D Plasma TV with 3D Blu-ray Player and combo kit, in addition to the pair of passes to the Transformers 3 premiere screening!
Featuring : GSC-EON Bank Credit Card

Co-star:Bumblebee

Duet: Bumblebee & GSC-Eon Bank Credit Card

Ok...camne nak join...senang jer...kome semua perlu:

All you have to do is write a blog post titled, “Our World, Their War” and pick one of the following options:
- Option A: Tell us how you would protect the world from the Decepticons, and which Autobots character you would like to transform into to protect the world.
- Option B: Tell us how you would defy the Autobots and destroy the world, and which Decepticons character you would like to transform into to destroy the world.

There’s a twist though; regardless of the path you choose in your blog entry, the Ultimate Movie Card must be featured in the story, and your blog entry must also be supported by pictures taken from The Ultimate Movie Card Facebook Fanpage.
  

My response to the contest would start like this:

Bumblebee...bumblebee,
Our World Their War the contest to be,
Bumblebee...Bumblebee,
To destroy Decepticons the mission to be,


Bumblebee...Bumblebee,
Save the World with brilliant strategy,
Bumblebee...Bumblebee,
Strong and united the best policy,


Bumblebee...Bumblebee,
Autobot in Transformers three,
Bumblebee...Bumblebee,
Bumblebee is autobot I like to be.

Wednesday, April 27, 2011

Anak-beranak Passport Malaysia?

Salam.....


Ok...seperti yang Chek janjikan....dalam post terbaru nie Chek akan kenalkan dengan anak-beranak passport Malaysia (passport pun ada anak ke???.conpius jab...hehehe)...Jeng...jeng....jeng......Memperkenalkan:

  1. Passport Antarabangsa (yang selalu dikeluarkan untuk org biasa-Regular International Passport)
Begini lah rupernya Passport Malaysia(Regular International Passport)
        

        2.Passport Terhad(Restricted Passport)
  • Passport perjalanan di antara Malaysia dan Brunei.       
  • Passport jenis ini sudah diberhentikan pengeluarannya pada 1/01/2006.


        3.Passport Rasmi(Official Passport)
  • Passport ni dikeluarkan untuk pegawai kerajaan yang mempunyai tugas-tugas rasmi di luar negara.
  • Passport jenis nie dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan perlu di pohon oleh Kementerian Luar Negeri(Wisma Putra).
      
      4.Passport Haji (Hajj Passport)
  • Passport yang dikeluarkan oleh Tabung Haji khas untuk Jemaah Malaysia yang ingin menunaikan Rukun Islam ke-4.
       
       5.Passport Diplomatik(Diplomatic Passport)
  • Passport jenis ni hanya dikeluarkan kepada Pegawai Diplomatik Negara.


Sumber Rujukan:


Hurm......ruper2nya ramai gak adik beradik   anak beranak passport Malaysia nie...hehehehehe.So,sekian dulu citer pasal anak beranak passport Malaysia nie...any comment atau cadangan membina sgtla di alu-alukan.Sehingga bertemu lagi di post akan datang.










Monday, April 25, 2011

Persediaan Melancong

Salam.....

Seperti yang Chek janjikan dalam post terdahulu, nie Chek nak cerita sedikit tips-tips yang boleh diguna pakai sebelum kome semua pergi melancong(idok kirale dalam negori atau luar negora) . Iyolah kan....melancong nie memerlukan perancangan dan budjet yang bersesuaian. Kang "stranded" kek negara org kang susah plak kan???...kan????.....saper setuju ngan Chek...Sila angkat keyboard.....hehehe. Ok tuan2 dan puan puan,sila sediakan pen dan buku untuk catatkan nota2 penting ye.......


Sebelum Melancong.
  1. Senaraikan tempat2 menarik yang ingin dilawati(samada dari segi pemandangan,sejarah,atau lain2).Tips...cuba senaraikan hanya 2-3(cuma pilih satu...kalau nak pilih semua pun boleh,tapi budjet pun mesti lebih la...) tempat agar kome semua tidak akan diserang oleh migrain sewaktu memilih ye.....
  2. Sediakan budjet mengikut kemampuan kome semua(diulangi...mengikut kemampuan).Survey pakej mengikut budjet yang telah disediakan.(Di ingatkan...Jgn overbudjet ye!)
  3. Bagi Kome yg nak melancong keluar negeri,sila pastikan kome mempunyai Passport Antarabangsa(tempoh tamat passport sekurang2nya setahun dari tarikh kome nak pi melancong)
  4. Bagi Kome yang nak keluar negara (sila pastikan kome semua mempunyai Visa yang sah pada tarikh penerbangan- paling kurang tarikh tamat tempoh visa tersebut 6 bln daripada tarikh travel).Nanti Chek cerita lebih lanjut pasal Passport dan Visa dlm post akan datang....
  5. Bagi kome yang travel ke luar negori,Sila semak currency rate terlebih dahulu sebelum travel.(Dinasihatkan supaya semak di kawasan kome,boleh jer nak tuko duit di money changer di KLIA,cuma xchange rate dia lebih tinggi)
Ok...itu lah serba sedikit tips persediaan melancong untuk 1st entri nie.Nanti Chek akan updatekan dari masa ke semasa...

Segmen Jom Melancong

Salam....


Mulai ari nie(26 Apr 2011),Chek akan kongsikan segala yang berkaitan dengan melancong melalui segmen
Jom Melancong. Chek pasti ramai yang mempunyai minat melancong...cuma kekadang mereka kurang arif apakah prosedur yg perlu dilakukan sebelum pergi melancong ke sesebuah negara.Antara perkara-perkara penting yang Chek akan kupaskan dalam segmen Jom Melancong adalah seperti:

  1. Tips berkenaan persediaan melancong.
  2. Info mengenai Passport
  3. Info mengenai tempat-tempat menarik di dalam(Malaysia) dan luar negara
  4. Info mengenai Visa
  5. Pakej-pakej menarik yang disediakan oleh MAS Holiday.
  6. Review tempat-tempat menarik dan pakej-pakej menarik.


Melancong adalah sesuatu yg agak menyeronokkan,namun memerlukan persediaan dan memerlukan budjet yang agak tinggi jika kurang pengetahuan dan kurang bijak merancang perjalanan.

P/S: Segala apa yang dikongsikan disini adalah melalui pengalaman sendiri dan juga pembacaan. Semoga apa yang Chek kongsikan bakal memberi faedah kepada semua pembaca.

Sunday, April 17, 2011

Perkahwinan Prince William & Kate Middleton

Salam.....

Ari nie Chek rasa tertarik nak mengulas pasal perkahwinan Diraja diantara Prince William & Kate Middleton.

Serba sedikit mengenai pasangan diraja ini:

  1. Tarikh & Tempat Perkahwinan : 29/04/2011 di Westminster Abbey.
  2. Pasangan diraja ini adalah graduan Universiti St.Andrew di Scotland.
  3. Berkenalan di Universiti St.Andrew
  4. Kate dikatakan bakal menggantikan tempat Lady Diana.
  5. Mempunyai sikap dan peribadi yang hampir sama dengan Lady Diana.



Gambar courtesy drp En Google