Friday, May 27, 2011

"Semakin derita menghimpit kita,semakin dekat rahmat menghampiri kita..".

Ni adalah sebahagian dialog antara Aidil dan Nur Amina yang memberi kesan mendalam kepada Chek...

Salam.....


Setelah beberapa ari cerita Nur Kasih ditayangkan di panggung iaitu pada 26/5 barulah Chek ngan Hubby Chek berpeluang p tgk.Kami pi tgk kat Cathay e curve kat Kota Damansara. Punyalah full house...huish....

Oleh kerana Chek x pernah mengikuti drama Nur Kasih, maka Chek masuk panggung tanpa mengetahui hujung pangkal cerita, watak Aidil,Nur Amina dan Adam. So, boleh dikatakan Chek masuk panggung tanpa element2 terpengaruh dengan drama Nur Kasih. First impression Chek:
Poster Nur kasih


Sebelum menonton Nur Kasih:
  • Wah!, ramainya umat manusia.....(dlm ati2,tertanya2 apa kelebihan citer nie yer????)
  • Siapa watak-watak utama filem nie yer????...(huhuhu....nampak sgt x berapa mengikuti perkembangan drama Melayu)
  • Tertanya-tanya apakah bentuk hubungan antara Aidil,Nur Amina, dan Adam.

Selepas menonton Nur Kasih:
  •  Ohh, patutla Full house, cerita Nur Kasih nie sarat dengan element Cinta, Kasih sayang, pengorbanan,dan kesetiaan.
  •  Watak utama Adam(Remmy Ishak), Nur Amina(Tiz Zakiyah) dan Aidil (Fizz Fairus) berjaya melakonkan watak mereka dengan berkesan....sampai x cukup tisu Chek nak lap air mata..
  • Watak Adam- seorang lelaki yang cuba menebus segala kekhilafannya di masa lampau.
  •  Watak Aidil, seorang abang yang sanggup berkorban rasa cintanya terhadap Nur Amina kerana ingin menunaikan wasiat dan amanat Ayahndanya.
  • Watak Nur Amina- kesetiaan Cintanya,kesabarannya diuji apabila Adam hilang semasa mereka bercuti di Jordan.

Kesimpulannya:

Filem Nur Kasih ini,Chek rasa bakal memberikan saingan yang cukup sengit untuk cerita-cerita yang berkonsepkan Cinta dan pengorbanan selain sarat dengan element2 islamik. Sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat tak kira usia. Filem ini juga mengajak kita merenung bahawa setiap ujian yang diberi, Insya Allah pasti ada hikmah dan jalan penyelesaiannya. Untuk itu, meh la kita sesama menyerbu ke pawagam2 berdekatan.


sebelum Chek mengundurkan diri, Jom layan

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih



Thursday, May 26, 2011

Diet oh Diet!!

Salam.....


Huish.......Chek berazam mulai ari nie iaitu (270511) Chek akan cuba Diet secara sihat.Untuk permulaan,Chek akan cuba berdiet selama dua minggu.....(nie berlaku selepas peningkatan berat secara mendadak selepas kahwin,ahaks...aper kena mengena nikah kahwin dengan berat ye???.jeng...jeng...mungkin sebab makan banyak kut.Ahaks)

Rekod berat semasa : 62kgs
* Chek nak cuba kurangkan at least 2 kgs per month...heheheh...kita tunggu n lihat ye

List to do semasa Diet
  • Kurangkan pengambilan nasi ( Dari 1 pinggan penuh 1/4 pinggan)
  • Kurangkan makan makanan segera (KFC,MC D dsg)
  • Lebihkan makan sayur-sayuran
  • Lebihkan makan buah-buahan
Nanti Chek akan updatekan berat selepas sesi diet nie...huhuhuh.Doakan Chek berjaya yer!.Amin.

Tuesday, May 24, 2011

Kupon Mc Chicken free with one purchase !!!

Salam.


Sila print kupon nie untuk redeem 1 Mc Chicken dengan satu pembelian.Sah pada 24/5 & 25/5 jer...



Sila copy n print untuk redeem kupon


Saturday, May 14, 2011

Simply Me berimej baru???

Salam....


Ari nie tetiba Chek rasa mcm nak buat pembaharuan sedikit kat Layout dan Header Chek, disebabkan dah rasa mcm dull sket sbb dari awl blog Chek nie duk pakai layout sama.Sesekali ubah penampilan,ape salahye...Iye dok?..


Hurm....mungkin warna tema blog akan dikekalkan....



Imej lama Blog












 Imej Baru May 2011






Diharapkan dengan imej header baru Chek ni akan lebih besemangat untuk berkongsi segala info2 yang berilmu dan bermafaat buat kome semua. Tagline baru header Chek " Bicara Berilmu".

Sekian.Terima Kasih kerana sudi baca.....

Saturday, May 7, 2011

Langkawi...oh Langkawi..Part 1

Salam....

Dah hampir seminggu Chek x berblog....huh....windu ssgt nak coret-coret kat blog walaupun masa tidak mengizinkan...k lah,dipendekkan citer...ari tu Chek p Langkawi(honeymoon kali ke 3 kut..hehehe).So, ari nie Chek nak berciter pasal Langkawi dan serba-sedikit tips yang Chek dpt dari pengalaman Chek.

Bercerita pasal Langkawi nie,mesti kome semua dah sedia maklum yang Langkawi terkenal dengan kawasan bebas cukai dan kaya dengan tempat2 bersejarah....oleh kerana Chek dan Hubby pergi 4 hari 3 mlm,maka hanya beberapa aktiviti saje yang Chek dapat laksanakan dengan jayanya,kalo diikutkan, pergi 1minggu baru best nak tawaf Langkawi tu.....jadi, kami pun ambil keputusan plan betul2 tempat yang kami ingin lawati antaranya Kompleks Kraf Langkawi, Island Hopping dan operasi membeli cokelat di Pekan Kuah.Oklah,xmo citer panjang.....kita layan dulu gambar2 yang sempat dirakam.