Saturday, March 15, 2014

Doa untuk MH370 #prayformh370

As Salam,



Hari ke-Lapan
Sepanjang Chek mengikuti perkembangan misteri kehilangan MH370,Chek dapati banyak spekulasi,ramalan,cerita yang bermain-main samada di media sosial mahupun di media antarabangsa mengenai misteri kehilangan MH370.Sebelum chek update post dengan panjang lebar,Chek minta pembaca semua baca dengan hati dan minda yang terbuka........:)

Sajak yang Chek nukilankan di FB



Antara status-status yang Chek kongsikan di FB Chek....



Fakta-fakta yang chek dapat rumuskan:

  1. Ramai yang suka mengambil sikap:-baca dan sebarkan tanpa mengambil kira faktor kesahihanya.
  2. Ramai yang ikhlas membantu,namun ramai juga yang mengambil kesempatan diatas apa yang berlaku keatas MH370.
  3. Komen-komen yang diutarakan menunjukkan sikap dan peribadi kita yang sebenarnya(secara tidak langsung).
  4. Kekuatan kita sebenarnya bergantung atas kesatuan kita.Bak kata pepatah"Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh".
  5. Elakkan berkongsi benda-benda yang tidak memberi kebaikan kepada pembangunan ummah.
  6. Memdoakan lebih baik daripada mengatakan/menyebarkan sesuatu yang tidak pasti.

* semoga apa yang Chek ketengahkan ini memberi menafaat kepada para pembaca...

Terima kasih kerana sudi BACA.FIKIR.TAFSIR.


Tuesday, March 11, 2014

Misteri MH370#prayformh370

As Salam,

Baca dan fikir dulu sebelum menyebarkan....




Recap Misteri kehilangan MH370

Misteri kehilangan MH370 yang berlepas daripada KLIA pada pagi yang hening sabtu lepas(080314),membuatkan dunia terus menerus menanti dan membicarakan mengenai misteri kehilangannya.Ramai pakar bertauliah dalam bidang masing-masing termasuk DCA,pihak MAS dan kerajaan Malaysia,China dan beberapa negara terlibat mengembeleng tenaga dalam usaha mencari dan menyelesaikan misteri kehilangan MH370 ini,dan tidak kurang juga ramai orang awam termasuk beberapa blogger,artis dan pihak media membuat beberapa spekulasi/teori liar berhubung dengan misteri kehilangan MH370 dari radar penerbangan.


* Pendapat Chek,


  1. Cuba letakkan diri anda di tempat mereka-cukup-cukuplah buat andaian @ spekulasi sendiri,pertimbangkanlah perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat,dan hormatilah tatacara serta tulis pendapat anda secara beretika tanpa menyentuh mana-mana sensetiviti pihak-pihak yang terlibat samaada secara langsung @ tidak langsung.
  2. Maklumat Sahih-Sekiranya ingin mendapatkan maklumat,perlu melalui saluran yang betul.Bukan secara semberono sahaja menerima maklumat dari sumber yang tidak pasti kemudian menyebarkan.
  3. Komen & pendapat-Baca dan fikir dulu sebelum menyebarkan...(jgn sesekali menokok tambah,dan memanipulasi info untuk kepentingan diri sendiri,rujuk dari sumber yang betul dan sahih)
  4. Untuk makluman pembaca chek,laman web yang menyalurkan maklumat secara sahih adalah melalui laman web MAS sendiri atau boleh hubungi no tertera dibawah:
         Untuk maklumat awam,boleh hubungi +603 7884 1234.


         untuk maklumat media, boleh hubungi Press/Media Contact
                                                           Malaysia: +603 8787 1276
  



Honestly,Chek sebagai warga MAS,sudah tentunya lebih rapat dan lebih terkesan dengan peristiwa kehilangan MH370,dan sentiasa mendoakan semoga usaha mencari dan menyelamat MH370 dipermudahkan Allah.

MH sentiasa dihati....Malaysian Hospitality....


p/s:Nilailah dengan matahati dan fikiran yang terbuka,semoga Allah tunjukkan jalan buat kita semua.Aminnn....

Sekian,terima kasih kerana sudi BACA,FIKIR dan TAFSIR...