Tuesday, March 11, 2014

Misteri MH370#prayformh370

As Salam,

Baca dan fikir dulu sebelum menyebarkan....




Recap Misteri kehilangan MH370

Misteri kehilangan MH370 yang berlepas daripada KLIA pada pagi yang hening sabtu lepas(080314),membuatkan dunia terus menerus menanti dan membicarakan mengenai misteri kehilangannya.Ramai pakar bertauliah dalam bidang masing-masing termasuk DCA,pihak MAS dan kerajaan Malaysia,China dan beberapa negara terlibat mengembeleng tenaga dalam usaha mencari dan menyelesaikan misteri kehilangan MH370 ini,dan tidak kurang juga ramai orang awam termasuk beberapa blogger,artis dan pihak media membuat beberapa spekulasi/teori liar berhubung dengan misteri kehilangan MH370 dari radar penerbangan.


* Pendapat Chek,


  1. Cuba letakkan diri anda di tempat mereka-cukup-cukuplah buat andaian @ spekulasi sendiri,pertimbangkanlah perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat,dan hormatilah tatacara serta tulis pendapat anda secara beretika tanpa menyentuh mana-mana sensetiviti pihak-pihak yang terlibat samaada secara langsung @ tidak langsung.
  2. Maklumat Sahih-Sekiranya ingin mendapatkan maklumat,perlu melalui saluran yang betul.Bukan secara semberono sahaja menerima maklumat dari sumber yang tidak pasti kemudian menyebarkan.
  3. Komen & pendapat-Baca dan fikir dulu sebelum menyebarkan...(jgn sesekali menokok tambah,dan memanipulasi info untuk kepentingan diri sendiri,rujuk dari sumber yang betul dan sahih)
  4. Untuk makluman pembaca chek,laman web yang menyalurkan maklumat secara sahih adalah melalui laman web MAS sendiri atau boleh hubungi no tertera dibawah:
         Untuk maklumat awam,boleh hubungi +603 7884 1234.


         untuk maklumat media, boleh hubungi Press/Media Contact
                                                           Malaysia: +603 8787 1276
  



Honestly,Chek sebagai warga MAS,sudah tentunya lebih rapat dan lebih terkesan dengan peristiwa kehilangan MH370,dan sentiasa mendoakan semoga usaha mencari dan menyelamat MH370 dipermudahkan Allah.

MH sentiasa dihati....Malaysian Hospitality....


p/s:Nilailah dengan matahati dan fikiran yang terbuka,semoga Allah tunjukkan jalan buat kita semua.Aminnn....

Sekian,terima kasih kerana sudi BACA,FIKIR dan TAFSIR...




No comments:

Post a Comment