Tuesday, December 24, 2013

Pusat Peranginan Ski Resort Gunung Tochal

As Salam,

Alhamdulillah,pada 21/12/13(sabtu) lepas,Chek dan beberapa orang rakan dari Malaysia dan Brunei seramai 7 orang berpeluang merasai pengalaman bermain salji di salah sebuah pusat peranginan di Gunung Tochal,Tehran...Iran.
Perjalanan kami bermula seawal pukul 0730 pagi.Kami semua berkumpul di rumah salah seorang rakyat Malaysia di sini.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 min.



Candid....

Posing dulu sebelum bertolak.....



Kami sampai di pusat peranginan Gunung Tochal tepat pada pukul 0800 pagi.Walaupun masih awal pagi,ternyata barisan ke kaunter tiket telah panjang seperti ular kena palu,jadi untuk menjimatkan masa dan tenaga,kami berpecah kepada dua kumpulan,satu kumpulan ditugaskan menyewa alat-alatan untuk bermain ski,sementara Chek dan seorang lagi rakan pergi membeli tiket untuk semua ahli rombongan kami.Selesai membeli tiket dan menyewa alat bermain ski,maka sampalah giliran kami untuk menaiki kereta kabel.Terdapat 4 stesen yang perlu kami lalui sebelum kami sampai ke puncak Gunung Tochal.Perjalanan dari bawah bukit(Base) hingga ke puncak Gunung Tochal pula mengambil masa lebih kurang 1 jam.Sesampai di puncak,kami telah mengupah seorang ski instructor untuk mengajar my DH yang pertama kali bermain ski,sementara Chek dan beberapa orang lagi duduk menunggu sambil menikmati air coklat panas di cafe yang disediakan. 

Me and my DH

Pusat Peranginan Gunung Tochal(Cafe & Hotel)


Muka-muka yang teruja ......


Keseronokkan bermain ski dan salji membuatkan masa selama 3 jam setengah yang berlalu dirasakan begitu singkat sekali.Tepat pukul 1330hrs,kami semua terpaksa bergerak turun dari puncak kerana masa beroperasi pusat Ski ini hanya sampai pukul 1400hrs.Kami selamat sampai ke rumah masing-masing lebih kurang pukul 1530hrs.Satu pengalaman yang menyeronokan dan pasti akan dikenang sampai bila-bila...





Monday, December 9, 2013

Penipu Di Internet #1

As Salam,

Ari nie Chek ingin menulis mengenai Tips-tips mengelakkan diri dari ditipu oleh si scammers "Si Penipu Internet". 


Cara mengenalpasti penipu di Internet

OK,cuba perhatikan contoh email yang Chek dapat dibawah:

Sila Klik untuk tumbesaran yang sihat!!!!!

Tips elakkan diri dari ditipu:
  1. Pastikan anda menyemak alamat email pengirim: (* Mcm contoh diatas alamat email kononnya dari MAYBANK2u namun address email itu datangnya dari edgewood.edu.) * Amaran:Maybank2u tidak pernah menghantar email yang meminta maklumat peribadi anda melalui email.
  2. Perhatikan amaran dari google mail : Spammer
  3. Jangan sesekali memasukkan data peribadi anda di link yang disertakan. Sekiranya ragu-ragu sila berhubung terus dengan bank terdekat anda.

Sekian dulu Tips untuk mengelakkan diri anda dari ditipu.....

Haishh.........

Terima Kasih kerana sudi BACA.FIKIR.TAFSIR.








Tuesday, December 3, 2013

Disember datang lagi....

As Salam......

Huish.....sekejab je rasanya masa berlalu...tup...tup dah sampai ke penghujung tahun 2013.Hanya tinggal lebih kurang 28 hari lagi tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya.kalau ikutkan,masih banyak perancangan dan impian tahun 2013 yang masih belum terlaksana...namun,apakan daya...masa begitu mencemburui kita.

Disember pada tahun ni,Chek berpeluang merasai suasana musim sejuk dan In Shaa Allah,mungkin akan dapat merasai pengalaman bermain salji.Teruja betul Chek masa dalam perjalanan balik dari Venezuelan Residence pada 28/11 hari tu ternampak salji yang memutih di atas pergunungan.Cantik betul pemandangan....terus tanpa lengah-lengah lagi Chek amik gambar.Hasilnya seperti di bawah...


Salji dah mula kelihatan 

Seputih salji...

Bagi yang pertama kali merantau ke luar negara(4 musim) nie Chek sudah tentunya teruja dan ingin menikmati segala keindahan dan kecantikkan alam semulajadi ciptaanNya.

Berbagai rancangan pada musim sejuk nie...antaranya pergi melawat tempat-tempat pelancongan/resort yang menyediakan perkhidmatan bermain ski dan sebagainya.Perancangan awal harus dibuat....In Shaa Allah,sekiranya jadi perancangan nie berjalan lancar seperti dirancang,Chek akan update reviewnya disini....

In Shaa Allah,sekiranya ada kesempatan lain,Chek akan cuba merakamkan segala kenangan manis hidup diperantauan.

Sekian...

Terima kasih kerana sudi baca.fikir.dan tafsir...

Sunday, November 24, 2013

Tips Blogging # 4 : Menulis memerlukan strategi part 1

As Salam,

Ari nie Chek ingin berkongsi satu tips berkenaan teknik menulis(tips ini boleh diaplikasikan samaada anda menulis secara offline @ online). Tips ini Chek rasakan sesuai untuk semua niche blog/penulisan terutamanya sekiranya anda serius ingin menjana wang secara online.


  1. Kenal pasti niche/jenis blog anda.
  2. Kenal pasti pembaca anda.
  3. Rancang strategi penulisan.
  4. Work the strategy....@ laksanakan strategi anda.
* Tips diatas ini nampak mudah tapi ia memerlukan kemahiran dan daya analisis yang baik serta latihan yang banyak.

Oklah....mari Chek cerita lebih lanjut mengenai tips2 diatas.Macam Chek nie,blog simplymectnahda nie lebih kepada niche terbuka dan peribadi. So,rata-rata pembaca Chek adalah mereka yang mempunyai blog peribadi.Asalnya blog nie Chek buka blog ni kerana Chek ingin mencatat segala kisah yang berlaku disekeliling Chek termasuklah pengalaman, hobi dan minat Chek.Chek seorang suka membaca,menulis,dan amat mengemari aktiviti seperti melancong.Pada pendapat Chek,walaupun niche blog terbuka @ peribadi ini agak sukar untuk menjana wang secara online,namun sekiranya kita mempunyai strategi tertentu,In Shaa Allah,lambat laun usaha kita untuk menjana pendapatan sampingan melalui blog peribadi akan tercapai juga.

Contoh blog peribadi yang dikira berjaya menjana pendapatan lumayan adalah seperti blog berikut:

4. Kujie2


4 blog peribadi diatas ini selalu sumber inspirasi kepada Chek agar lebih bersemangat untuk menulis dan berkongsi info-info menarik disamping menjana pendapatan sampingan.


Okla....Chek nak pergi embassy sat....ader keje sikit.Nanti Chek sambung perkongsian didalam part 2...

dalam part 2 Chek akan cerita sedikit sebanyak analisis Chek berkenaan ke-empat2 blog dalam niche peribadi diatas.

Terima kasih kerana sudi baca,fikir,dan tafsir...














Saturday, November 9, 2013

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com


As Salam,



Chek rasa terpanggil untuk membuat entri ini sebagai sokongan terhadap bantahan besar-besaran yang dianjurkan oleh blogger hasrulhassan terhadap perasmian dan pelancaran laman web "online dating service" AshleyMadison.com yang secara terang-terangan mempromosikan budaya penzinaan dan bercanggah dengan prinsip dan amalan kita sebagai umat Islam.

Seperti yang umum tahu,budaya "seks bebas" boleh menjadi racun perosak agama,bangsa dan budaya sekiranya tidak dibanteras dan dibendung dengan sewajarnya.Budaya ini bukan sahaja memberi impak negatif terhadap pembinaan kendiri dan sahsiah rakyat malaysia tetapi ia juga mewujudkan pelbagai masalah sosial seperti pembuangan bayi,pengguguran haram,HIV/AIDS,penyakit kelamin seperti HERPES dan SYPHILIS.Adalah menjadi tanggungjawab sosial setiap rakyat Malaysia agar negara Malaysia yang kita cintai ini bersih dari segala bentuk budaya yang boleh merosakkan dan mencemarkan imej negara.

AYUHLAH,para blogger dan rakyat Malaysia,sama-samalah kita menentang budaya yang boleh mencemarkan  dan merosakkan AGAMA,BANGSA dan BUDAYA!!!!!.Katakan TIDAK kepada penzinaan,dan katakan TIDAK kepada AshleyMadison.....

Sekiranya anda ingin bersama-sama kami menyatakan bantahan ini,anda boleh menyertai segmen yang dianjurkan oleh blogger Hasrulhassan.Klik SINI untuk menyatakan bantahan anda.

Terima kasih kerana sudi baca,fikir,dan tafsir...






Sunday, November 3, 2013

Segmen Listing your blog here by # botak-gambus.blogspot.com



As Salam,

Ari nie semasa blogwalking Chek terjumpa blog yang menarik by Bro Botak-gambus.Haaaa......menarik nie,selain boleh dapat informasi dari blog beliau,boleh juga membina "networking" sesama blogger....untuk makluman,blogger nie salah seorang blogger baru namun,tarikkan trafik blogger nie mampu membuat anda ternganga....(*sila tutup mulut anda yang ternganga yer....) disebabkan trafiknya mencecah 10,000 dalam masa 3 minggu berblogging.Hehehehehe...macam tak percaya jer kan...tapi....bila disiasat...wah....sungguh tidak disangka-sangka......Rahsianya????....hehehe..tu kena lawat dan baca blog  BOE dan tanya sendiri tuan tanah pemilik blog botak-gambus.

Okla berbalik kepada segmen blog listing oleh BOE nie,cuba check banner dibawah untuk maklumat lanjut:





Oh yer,segmen nie dibuka sehingga 10 November 2013 dan diantara syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1. Copy banner Segmen #listing Your URL blog & buat entri mengenai segmen ni .
2. follow blog botak-gambus.
3. Tinggalkan Link URL anda di ruangan komen di blog http:// botak-gambus.blogspot.com

Sekian,

Selamat mencuba.....






Revamp Blog

Quick update
As Salam,

Hurm.....rasanya dah lama Chek tak update blog nie...ada beberapa perkara yang masih dalam fasa "planning" antaranya:


  1. Revamp blog dari segi layout,design dan content.
  2. Design header yang lebih menarik...(hehehehe...rasanya dah bosan kut pakai header lama nie dekat 2thn)
  3. Content akan cuba ditambahbaik...(dari segi penyusunan,idea,perkongsian ilmu dan sebagainya)
  4. tema colour mungkin akan dikekalkan...
  5. Sebolehnya Chek ingin mengisi content blog yang lebih bernafaat * Sila baca -lebih berilmiah.
  6. In Shaa Allah,sebolehnya Chek akan cuba update blog sekurang-kurangnya sehari sekali...(*istiqomah)

In Shaa Allah...segala penambahbaikan ini akan dilakukan dalam masa yang terdekat.

Sekian...

Terima kasih kerana sudi Baca,Fikir,Tafsir.


Sunday, October 13, 2013

Oct 2013 Giveaway by Lin Handmade greetings card

As Salam,

Kepada sesiapa yang suka menyertai G.A(giveaway),ini ada berita baik untuk anda.Lin dari Lin Handmade greetings card ada membuka ruang dan peluang untuk anda memenangi foam die cut patterns yang ditawarkan oleh Lin.






Jeng...jeng....jeng.....antara hadiahnya adalah seperti contoh dibawah.....




Cara-cara penyertaannya amatlah mudah,anda cuma perlu:

  1. mempromosikan G.A ini samaada di blog ataupun di facebook profile.
  2. Pastikan anda meletak link G.A oleh Lin ini supaya semua pembaca blog anda boleh melihatnya.
  3. Salin link promosi anda dan letakkan nama penuh anda di Mr Linky Lin.

Oh Yer.....peraduan ini terbuka kepada semua kewargenegaraan didalam atau diluar Malaysia.

Selamat mencuba....


Wednesday, October 9, 2013

Tugas-tugas Isteri Diplomat

Assalamualaikum

Dear readers tersayang...

Rasanya dah lama Chek tak update blog kesayangan Chek nie disebabkan kesibukkan diri Chek ini....hehehehehe.Buat pengetahuan semua,sekarang nie di Tehran(Iran) sudah memasuki musim luruh...cuaca pada musim ini boleh dikatakan agak sejuk juga la bagi sesiapa yang tak pernah merantau keluar negara lebih-lebih lagi ke negara 4 musim.

Chek boleh dikatakan agak bertuah kerana dapat mengembara@merantau disebabkan my DH bekerja dengan Kementerian Luar Negeri(Diplomat).Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama Chek,maka Chek rasa eloklah kiranya Chek berkongsi serba-sedikit tugas-tugas seorang isteri diplomat sebagai panduan untuk diri Chek sendiri dan juga sebagai panduan umum kepada bakal-bakal isteri diplomat yang lain.

 Antara tugas-tugas isteri diplomat merangkumi aspek interaksi sosial sepanjang kami berada disini.Kami digalakkan menyertai segala aktiviti sosial untuk mengeratkan hubungan diantara negara-negara yang mempunyai misi disini, antaranya ASEAN Ladies Circles(ALC),Diplomatic Ladies Group(DLG) dan International Ladies Group(ILG)

Oleh kerana diplomat Malaysia di Tehran(Iran) ini tidak seramai diplomat-diplomat di tempat lain,maka sudah semestinya Chek digalakkan untuk bergiat aktif dalam persatuan-persatuan yang terdapat disini.

So,mungkin ramai readers Chek ingin tahu apakah diantara aktiviti yang dijalankan kan??..Secara ringkasnya,

ALC(ASEAN LADIES CIRCLE)- Persatuan ini membabitkan penglibatan para isteri diplomat/expatriate dibawah nama ASEAN. Jadi,mana-mana negara ASEAN yang mempunyai misi di sesuatu negara digalakkan menyertai ALC kerana disamping dapat bersosial,mereka juga boleh bertukar-tukar maklumat mengenai negara masing-masing,berkongsi idea,kemahiran,budaya dan pengalaman.

DLG(Diplomatic Ladies Group)- sesuai dengan namanya,fungsi DLG selain dari mengeratkan hubungan diplomatik diantara negara-negara terbabit di sesuatu misi,ia juga berfungsi untuk menaikkan nama negara masing-masing dengan menjalankan aktiviti-aktiviti sosial seperti dan Jualan amal,melawat tempat-tempat menarik,berkongsi ilmu,membantu orang kurang upaya,susah dan sebagainya.Kumpulan ini juga digalakkan bersosial bukan sahaja dengan golongan diplomat,tetapi juga dengan masyarakat setempat.

ILG(International Ladies Group)-kumpulan ini lebih kepada kumpulan terbuka.Semua kewargenegaraan boleh menyertai kumpulan ini.Tujuannya untuk mengeratkan hubungan antara ahli dan saling bertukar ilmu,kemahiran dan bersosial sesama sendiri.

Oklah...bercerita tanpa gambar mungkin kurang menarik...so enjoy dulu beberapa gambar yang bakal Chek sajikan sebentar lagi...






Gambar-gambar diatas adalah semasa lawatan yang dijalankan oleh DLG ke kilang Pembuatan Roti Sahar(Sahar Bread factory). Di sini,kami diterangkan dengan proses pembuatan roti & pastries yang menggunakan kaedah moden(menggunakan mesin yang diimport dari German).Pada akhir lawatan kami dijamu dengan roti pastries yang terkenal dikalangan penggemar roti Sahar iaitu Gatta.Iaitu sejenis pai berinti(kekacang seperti walnut,almond dan sebagainya).

 Sekian dulu ringkasan tugas-tugas isteri diplomat untuk kali ni,sehingga bertemu lagi di masa akan datang dengan lebih banyak gambar-gambar menarik.












Monday, August 26, 2013

Edisi Perantauan - Tehran # 2

Quick update:

As Salam,

Hidup di perantauan yang jauh berbeza dengan negara sendiri membuatkan kita lebih menghargai dan menyayangi tanah tumpah kelahiran kita..kita belajar mengenal budaya dan jatidiri dengan lebih mendalam.Perbezaan bahasa,budaya bukanlah menjadi satu masalah besar sekiranya kita mempunyai keinginan yang tinggi untuk mempelajari bahasa dan budaya masyarakat setempat.Pada awalnya,Chek mangalami masalah untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat kerana rata-rata rakyat Iran tidak mampu berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris,sementelahan pula Chek tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Parsi maka membeli belah menjadi satu masalah.Sesi teka-meneka menjadi adegan utama dalam acara membeli belah di pasaraya.Sekiranya ingin mencari barang keperluan,Chek biasanya akan membuat tanda isyarat tunjuk,atau membuat isyarat tangan.Huhuhhu,kekadang menjadi suatu perkara yang melucukan apabila lain yang diminta,lain yang diberi

p/s:sekarang nie dah masuk bulan kedua Chek berada disini,Chek dalam proses belajar sedikit demi sedikit bertutur dalam bahasa Parsi.Doakan semoga Chek berjaya menguasai bahasa Parsi yer...


Tuesday, August 20, 2013

Tips blogging # 3 :Penulisan- Kuantiti @ Kualiti?

As Salam,

Bertemu kembali dalam segmen tips blooging.Kali ni Chek ingin membincangkan tentang subjek dari segi penulisan di blog. Selalunya penulisan macam mana yang pembaca senang tertarik yer??.Adakah kerana gaya penulis yang menulis secara santai,tetapi penuh dengan informasi @ penulis yang kerap mengemaskini blog dalam jangkamasa pendek(lebih daripada 3 post dalam sehari)??.Yang mana satu pilihan pembaca??.Jawapannya ada pada pembaca itu sendiri.

Pada pendapat Chek la,kekerapan mengemaskini blog bukanlah penentu sesebuah blog itu berjaya menaikkan ranking pembaca sesebuah blog itu,tetapi ianya bergantung atas kualiti penulisan yang dapat memberi impak yang berkesan terhadap pembaca.

Lain lah kalau penulisan blog @ Niche blog tersebut menjurus kepada dunia hiburan semata-mata,tentulah penulis blog hiburan berlumba-lumba mengemaskini blog masing-masing kerana ingin menjadi orang pertama yang menyampaikan maklumat sensasi dan terkini mengenai artis-artis kesayangan mereka.

Memang tidak dinafikan bahawa cerita-cerita mengenai artis samaada dalam negara atau luar negara sememangnya menjadi trending blog yang paling top selaris "Air Kathira semasa bulan Ramadhan",namun sebagai seorang blogger kita juga harus menghormati privasi dan menjaga etika sebagai seorang penulis.

Jadi,rumusannya:


  1. Kualiti sesebuah penulisan adalah lebih baik daripada kuantiti penulisan.
  2. Tulisan yang berkualiti memerlukan penulis membuat "homework" dulu sebelum menulis sesuatu topik yang ingin dibincangkan.Percayalah...ianya mengambil masa...bukan berlaku dalam sekelip mata.
  3. Kualiti dan kuantiti penulisan perlu bergerak seiring untuk mengimbangi perjalanan sesebuah blog tersebut.
  4. Etika menulis termasuk dalam kategori menulis secara berkualiti.

Hurm...rasanya cukup dulu kupasan mengenai subjek penulisan untuk kali ini.Sehingga bertemu kembali di masa akan post akan datang.

Terima Kasih kerana sudi baca,fikir dan tafsir.

Semoga apa yang Chek kongsikan dapat memberi menafaat pada semua.


Saturday, August 17, 2013

Tips blogging #2: Menulis bukan sekadar menulis

As Salam,

Kembali kita ke segmen Tips blogging.Ada beberapa soalan penting yang Chek rasa para bloggers diluar sana perlu tahu dan menyoal diri antaranya seperti:

  1. Apakah tujuan asal anda berblog?
  2. Apa yang ingin anda sampaikan?
  3. Adakah isi blog anda boleh membantu pembaca?
  4. Bagaimana blog anda boleh membantu pembaca setia anda?
Diatas adalah beberapa soalan penting yang Chek rasakan semua bloggers perlu tahu kerana apalah gunanya berblog sekiranya anda sendiri tidak tahu matlamat asal anda mempunyai blog.Sekiranya anda mengetahui dan fokus pada tujuan asal anda berblog,In Shaa Allah, anda bukan saja menulis secara sembarono tetapi mempunyai kekuatan daya tarikan bagi pengunjung melawati blog anda berkali-kali walaupun anda cuma menulis secara ringkas namun padat dengan isi-isi menarik. Pada pendapat Chek la,Blog yang menarik bukan bergantung pada cerita-cerita sensasi semata-mata,tetapi perlulah diselitkan dengan info dan ilmu yang berguna yang boleh memantapkan lagi imej dan personaliti blog anda.

 Sekian dulu.

Terima kasih kerana sudi baca.fikir.tafsir





Beraya Di Perantauan

As Salam....

Sempena mood raya yang masih berlangsung,Chek nak bercerita pasal pengalaman pertama beraya di perantauan,ada diantara rakan-rakan di FB bertanya,seronok ke beraya di perantauan???...meh sini,Chek nak habaq mai....denga nooo....bagi Chek la kan,seronok atau tidak beraya itu semua bergantung atas definasi " Sambutan Raya" itu sendiri.Sesetengah org akan berasa seronok sekiranya dapat berkumpul sesama ahli keluarga,sahabat handai,jiran tetangga,BFF dan sebagainya,Bila dah berkumpul,tentulah banyak cerita dan banyak benda yang dikongsikan bersama tentunya.Ye la,selama nie memasing sibuk dengan kehidupan masing-masing dan tentunya hari raya paling dinanti-nantikan kerana pada waktu inilah semua ahli keluarga mengambil kesempatan berkumpul beramai-ramai,bertukar cerita dan mungkin mengimbau kenangan masa-masa kecil-kecil dahulu.

Mungkin ramai yang tidak sedar, erti raya itu sendiri adalah untuk meraikan hari kemenangan.selepas sebulan kita berpuasa.Bila kita bercakap pasal raya tentunya ia tidak lari dari bercakap mengenai bagaimana " sambutan Raya" dan "persiapan raya" itu sendiri.

Tidak semestinya sekiranya persiapan raya itu gah dan meriah bererti sambutan raya itu meriah dah gah dan begitu juga sebaliknya. Persiapan raya hanyalah salah satu element dalam sambutan raya.Kemeriahan dan keseronokan sebenar raya adalah apabila kita semua dapat berkumpul dengan orang-orang tersayang dan meraikan hari kemenangan itu bersama-sama.Sekiranya tanya Chek,adakah seronok dan meriah beraya diperantauan???...Ini jawapan Chek: selagi Chek berada disamping orang-orang tersayang selagi itulah keseronokan dan kemeriahan raya tetap terasa walaupun persiapannya tak semeriah beraya di negara sendiri.




Friday, August 2, 2013

KUM2013: Durian Runtuh buat Blogger Malaysia

As Salam,

Disini Chek ingin berkongsi maklumat mengenai KUM2013. Anda semua tahu aper itu KUM2013?.oklah, tanpa membuang masa ....KUM2013 adalah singkatan dari Konvensyen Usahawan Muslim 2013.Ok....mesti anda semua tertanya-tanya apa yang menariknya di KUM2013 nie sampai Chek mengatakan ianya durian runtuh buat blogger Malaysia??.Entri ini KHAS untuk para blogger yang berminat untuk berniaga secara online,dan boleh juga diaplikasikan kepada perniagaan konvensional kerana:

  1. Ianya satu platform yang menyediakan para peniaga online aspek "Networking".
  2. Speaker yang terlibat menpunyai pengalaman dan kemahiran yang tersendiri yang boleh diaplikasikan oleh anda semua.
  3. Membantu mengembangkan rangkaian "Networking" anda.
  4. Networking session.
  5. dan banyak lagi faedah-faedah yang akan anda dapati sekiranya anda menyertai KUM2013 ini.
 Maklumat lanjut boleh di dapati di KUM2013. Anda juga boleh menyertai #KUM2013 blogger Contest yang menawarkan hadiah lumayan yang berupa wang tunai sehingga berjumlah(RM1250)....untuk menyertainya sangat mudah,Anda cuma perlu menulis 1 entri berkaitan dengan Konvensyen Usahawan Muslim 2013.Peraduan bermula dari 08 Julai 2013 sehingga 18 Ogos 2013.Maklumat peraduan boleh didapati di sini.

Jom sertainya,masih ada banyak masa untuk anda memenanginya....




Tips Blogging # 1: Kenal pasti jenis blog anda.

As Salam,

Dalam dunia blog, kita akan jumpa berbagai niche @ genre ( jenis blog) , ada blog yang menjurus kearah gosip-gosip panas artis, blog yang berbentuk ilmiah, blog masakan, blog travelog, blog peribadi, blog campuran, blog minat,blog fesyen dan kecantikan, blog bagi kumpulan-kumpulan tertentu seperti B2B(bride to be),M2B(mom to be) dan sebagainya.Selari dengan perkembangan semasa dan minat,niche blogging juga akan bertambah dan berkembang sebagai salah satu medium utama komunikasi dan pengiklanan.

Ramai diantara bloggers newbie mungkin kurang menyedari hakikat ini. Kebanyakkan newbie selalunya tercari-cari identiti bagi blog mereka,menyebabkan mereka sering kekeringan idea untuk mengemaskini blog mereka.

So, untuk mengatasi masalah ini,Chek cadangkan agar para newbie diluar sana agar,

  1. Menyemak balik tujuan anda menulis blog.(Adakah kerana mengikut trend semata-mata,minat @ anda ada ilmu/info/idea yang ingin anda kongsikan)
  2. Kenal pasti niche blog anda.(Hiburan,fesyen,hobi,travelog,peribadi, atau blog campuran 2 atau lebih niche tersebut).
  3. Tulis blog berdasarkan niche blog anda.(Sekiranya anda mempunyai lebih daripada 1 niche dalam blog anda,tulislah mengikut apa yang terlintas dihati)

 Hurm, Chek rasa cukuplah dulu 3 panduan diatas sebagai permulaan.* Akan diupdate dari masa ke semasa.





Thursday, July 25, 2013

Pentingnya berkemahiran...

As Salam,

Hurm.....semenjak dua menjak jadi suri rumah sepenuh masanya nie,Chek selalu terfikir alangkah eloknya kalau Chek nie ada banyak kemahiran yang lebih bersifat feminine contohnya seperti kemahiran memasak,membuat kek,menjahit ker @ yang sekutu dan sewaktunya. Chek nie kalo setakat memasak yang simple2 seperti Kari ke,asam pedas ker,ikan bersambal ker,nasi tomato ker kira expert la gak...sambil pejam mata jer....huhuhu...statement masuk bakul angkat sendiri.

Hakikatnya duduk di perantauan nie memerlukan banyak kemahiran sebegini sebab kat sini xdernye kedai-kedai yang menjual baju tradisi seperti baju kurung,baju melayu atau kedai-kedai makanan yang menyediakan masakan melayu asli.....

contohnya kemahiran menjahit sangatlah diperlukan ketika di sini.Lagipun sekiranya kita ada kemahiran-kemahiran seperti yang disebutkan diatas,tentunya lebih menjimatkan dan lebih selesa kerana kita boleh pilih design,corak dan warna selesa dengan kehendak dan keperluan diri sendiri.Untungnya orang-orang yang mempunyai kemahiran menjahit,kerana selain boleh menjahit mereka juga boleh menjana pendapatan sampingan.Terasa rugi pula sebab selepas SPM dulu takmo amik kelas memasak dan menjahit.Huhuhuhu....

So,sesiapa yang mempunyai kemahiran diatas,silalah beri tepukan gemuruh buat diri sendiri...kerana tanpa kemahiran,kita  sememangnya agak sukar untuk mencapai kemajuan. Ye la, kan makanan dan pakaian tu tergolong dalam kategori keperluan asas manusia.Cer kalo semua harga barang naik sebab harga minyak naik...dan naik...dan naik....sudah tentunya harga barang-barang lain turut naik..so disinilah baru terasa berapa berharganya kemahiran.

 So, agak2 korang ler....kemahiran apa lagi yang penting dalam kehidupan selain kemahiran di atas.Cer kongsi dengan Chek.








Wednesday, July 24, 2013

Conventional shopping VS online shopping???

25/07/2013
0937hrs
Tehran,Iran


As Salam,

Hurm....ari nie dah masuk 16 hari kiter berpuasa.Hurm,sungguh cepat masa berlalu....tup..tup dah masuk pertengahan bulan Ramadhan.Chek pasti ramai diantara kiter(para isteri-isteri dan para ibu-ibu) tengah sibuk buat persiapan untuk menyambut raya.Chek sendiri awal-awal lagi telah membuat persiapan raya(sejak Chek dapat tahu yang DH akan posting di Tehran,Iran selama 3 thn).Alhamdulillah,walaupun persiapan hari raya ni ala kadar jer...namun semangat beraya tu ada ler walaupun Chek akan beraya buat kali pertamanya di perantauan...suasananya mungkin berlainan sekiranya beraya di Malaysia.

Bercerita pasal persiapan raya,kita mesti tak lari dari topik pakaian,kuih- muih dan lauk pauk yang bakal dihidangkan dan digayakan pada 1 syawal nanti.Antara topik hangat sudah semestinya bab pakaian. Raya semestinya kurang berseri sekiranya salah satu daripada element diatas kurang.Bagi yang belum membuat persiapan,Chek ada satu soalan...antara conventional shopping dan online shopping,yang mana satukah yang menjadi pilihan????

Bagi Chek ler,kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya...Ok,kiter start dengan kelebihan online shopping nie,ianya menjimatkan masa,tenaga.Anda semua cuma perlu memasuki laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan menjual secara online.Pilih dan kemudian bayar. Mudahkan...semudah A-B-C.Tu bagi yang tak cerewet ler...kalo spesis cerewet bab-bab pakaian macam Chek nie,rasanya kurang sesuai kut membeli pakaian secara online nie....huhuhuhuh....Cerewetnya Chek mengalahkan inspector QC di kilang lagaknya.Hahahaha...selalunya sebelum membeli pakaian,Chek lebih suka membelek-belek material,design dan warnanya...pas tu cuba dulu(catwalk 2-3 round)...tengok sesuai atau tidak.Iye la,kekadang kiter tengok design tu sesuai dan elok jer terletak di badan model,tapi bila tersarung dibadan kiter...ya Allah...terus tak jadi nak beli walaupun design dan warnanya Chek dah berkenan sangat.Huhuhu...terus merundum semangat membeli...


Okler...kat sini Chek ada cadangan laman sesawang yang ada menyediakan perkhidmatan menjual pakaian secara online.Nie bagi yang tak cerewet ler...korang semua pernah dengar tak KZNabihah???.Bagi yang belum pernah dengar...ni Chek nak habaq mai nie... di KZNabihah nie koleksinya agak trendy juga.Bagi yang berminat dengan design ala-ala saloma,puplum dan design yang evergreen,boleh la dapatkannya di KZNabihah(Penafian:Chek bukanlah agen berbayar yer,hehehe).

Sejujurnya,itulah pertama kali Chek beli pakaian secara online...tapi disebabkan cerewetnya Chek dalam bab-bab pakaian,rasanya itulah kali pertama dan terakhir kut Chek membeli pakaian secara online(hehehe...mungin satu hari nanti,kalo ader sample/model depan mata yang dah pernah pakai sesuatu pakaian dari butik online,Chek akan consider balik cadangan membeli pakaian secara online).Huhuhu...tapi shopping secara online untuk item2 yang bukan dalam kategori pakaian akan tetap diteruskan....hehehe.




Tuesday, July 23, 2013

I'm Back...

As Salam,

Setelah sekian lama dalam hiatus mood,In Shaa Allah,Chek akan kembali aktif berblog.Doakan semoga Chek istiqomah yer...hehehehe...ada beberapa rancangan sebenarnya yang masih dalam rangka "planning phase"...akan di update nanti setelah cukup bahan2nya.

 Sehingga bertemu lagi....
Terima kasih kerana baca,fikir dan tafsir...