As Salam,
Chek rasa terpanggil untuk membuat entri ini sebagai sokongan terhadap bantahan besar-besaran yang dianjurkan oleh blogger hasrulhassan terhadap perasmian dan pelancaran laman web "online dating service" AshleyMadison.com yang secara terang-terangan mempromosikan budaya penzinaan dan bercanggah dengan prinsip dan amalan kita sebagai umat Islam.
Seperti yang umum tahu,budaya "seks bebas" boleh menjadi racun perosak agama,bangsa dan budaya sekiranya tidak dibanteras dan dibendung dengan sewajarnya.Budaya ini bukan sahaja memberi impak negatif terhadap pembinaan kendiri dan sahsiah rakyat malaysia tetapi ia juga mewujudkan pelbagai masalah sosial seperti pembuangan bayi,pengguguran haram,HIV/AIDS,penyakit kelamin seperti HERPES dan SYPHILIS.Adalah menjadi tanggungjawab sosial setiap rakyat Malaysia agar negara Malaysia yang kita cintai ini bersih dari segala bentuk budaya yang boleh merosakkan dan mencemarkan imej negara.
AYUHLAH,para blogger dan rakyat Malaysia,sama-samalah kita menentang budaya yang boleh mencemarkan dan merosakkan AGAMA,BANGSA dan BUDAYA!!!!!.Katakan TIDAK kepada penzinaan,dan katakan TIDAK kepada AshleyMadison.....
Sekiranya anda ingin bersama-sama kami menyatakan bantahan ini,anda boleh menyertai segmen yang dianjurkan oleh blogger Hasrulhassan.Klik SINI untuk menyatakan bantahan anda.
Terima kasih kerana sudi baca,fikir,dan tafsir...
Comments
Post a Comment