Friday, May 27, 2011

"Semakin derita menghimpit kita,semakin dekat rahmat menghampiri kita..".

Ni adalah sebahagian dialog antara Aidil dan Nur Amina yang memberi kesan mendalam kepada Chek...

Salam.....


Setelah beberapa ari cerita Nur Kasih ditayangkan di panggung iaitu pada 26/5 barulah Chek ngan Hubby Chek berpeluang p tgk.Kami pi tgk kat Cathay e curve kat Kota Damansara. Punyalah full house...huish....

Oleh kerana Chek x pernah mengikuti drama Nur Kasih, maka Chek masuk panggung tanpa mengetahui hujung pangkal cerita, watak Aidil,Nur Amina dan Adam. So, boleh dikatakan Chek masuk panggung tanpa element2 terpengaruh dengan drama Nur Kasih. First impression Chek:
Poster Nur kasih


Sebelum menonton Nur Kasih:
  • Wah!, ramainya umat manusia.....(dlm ati2,tertanya2 apa kelebihan citer nie yer????)
  • Siapa watak-watak utama filem nie yer????...(huhuhu....nampak sgt x berapa mengikuti perkembangan drama Melayu)
  • Tertanya-tanya apakah bentuk hubungan antara Aidil,Nur Amina, dan Adam.

Selepas menonton Nur Kasih:
  •  Ohh, patutla Full house, cerita Nur Kasih nie sarat dengan element Cinta, Kasih sayang, pengorbanan,dan kesetiaan.
  •  Watak utama Adam(Remmy Ishak), Nur Amina(Tiz Zakiyah) dan Aidil (Fizz Fairus) berjaya melakonkan watak mereka dengan berkesan....sampai x cukup tisu Chek nak lap air mata..
  • Watak Adam- seorang lelaki yang cuba menebus segala kekhilafannya di masa lampau.
  •  Watak Aidil, seorang abang yang sanggup berkorban rasa cintanya terhadap Nur Amina kerana ingin menunaikan wasiat dan amanat Ayahndanya.
  • Watak Nur Amina- kesetiaan Cintanya,kesabarannya diuji apabila Adam hilang semasa mereka bercuti di Jordan.

Kesimpulannya:

Filem Nur Kasih ini,Chek rasa bakal memberikan saingan yang cukup sengit untuk cerita-cerita yang berkonsepkan Cinta dan pengorbanan selain sarat dengan element2 islamik. Sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat tak kira usia. Filem ini juga mengajak kita merenung bahawa setiap ujian yang diberi, Insya Allah pasti ada hikmah dan jalan penyelesaiannya. Untuk itu, meh la kita sesama menyerbu ke pawagam2 berdekatan.


sebelum Chek mengundurkan diri, Jom layan

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih



2 comments:

  1. hehehe akak ble buatkan scrapbook ?? hehe

    ReplyDelete
  2. Filem yg memeningkan kepala .. :-) Pelakon mmg best tapi skrip kucar kacir ..

    ReplyDelete