Wednesday, August 10, 2011

Siapa Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara,Modus Operandi dan cara menanganinya???

As Salam...
Chek terpanggil buat post pasal Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara nie bila terbaca dalam satu post mengenainya dalam http://ohduniaku.com/makcik-hajjah-sitt-al-wuzara. Walau siapapun Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara nie, Chek harapkan agar Allah s.w.t berikan hidayahNya dan lindungi kita semua dari fitnah musuh2 org Islam. Ingatlah wahai Sahabat Seagamaku bahawa "SENJATA UTAMA ORG ISLAM" adalah "DOA"

Pada pandangan Chek, Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara nie adalah seorg:

  • Anti Islam- kerana semua postnya yang mencaci AGAMA ISLAM.
  • Berkemungkinan besar seorg Atheist.
  • MUSUH ORG ISLAM.
  • Sorry to say "Seorg yang PENGECUT"- sebab berselindung di balik gambar LADY GAGA(* mungkin juga dia seorg peminat  FANATIK dan pengikut ajaran LADY GAGA)
  • JAHIL bila berhujah bab AGAMA ISLAM.
  • Berkemungkinan juga seorg yang ingin meraih POPULARITI.

Modus Operandi Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara :
  1. Memutar belitkan FAKTA mengenai AGAMA ISLAM.
  2. Memecahbelahkan UMAT ISLAM.
  3. Menimbulkan HURU-HARA.
  4. Menyebarkan AJARAN SESAT.
  5. Mencetuskan KONTROVERSI.
Cara-cara menangani Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara :
  • Umat Islam perlulah bersatu menentang fitnah Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara.
  • BERDOA agar Allah s.w.t melindungi diri kita,saudara se Islam sekian dari fitnah para musuh Islam. (Ingatlah bahawa Senjata UMAT ISLAM YANG PALING AMPUH ADALAH DOA).
  • Lawan org yang JAHIL adalah org yang AHLI/BERILMU. So, pada pendapat Chek bila kita hendak berlawan hujah dengan org2 sebegini,seharusnya kita mempunyai ilmu agama yang tinggi.

P/S: mungkin kita tidak mampu berlawan secara JASMANI, tapi kita mampu melawan melalui kekuatan ROHANI.

Di sini Chek serta kan doa pelindung yang boleh diamalkan :

Doa dibawah dipetik dari http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/06/doa-pelindung-diri.html

Doa Pelindung Diri


بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Maksudnya : Dengan Nama Allah yang dengan namaNya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)
Dalam Sunan at-Tirmidzi dikatakan: "Sesiapa yang pada waktu pagi dan petang membaca doa ini sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada hari itu.


أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّات مِنْ شَرِّ مَا خَلَق
Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan makhluk. (Riwayat Muslim)
Perawi hadis ini berkata: Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca doa ini sebanyak tiga kali pada satu malam, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada malam itu." Pada satu malam, perawi hadis ini disengat kala jengking. Kemudian orang bertanya kepadanya:"Mana hadis yang kamu riwayatkan dahulu kepada kami, sedang kamu sekarang (ditimpa keburukan yang serupa) disengat kalajengking?" Ia menjawab:"Demi Zat yang tidak ada Tuhan selain Allah, aku lupa membacakan doa itu pada malam ini"



Amin....Ya Rabbal Alamin...


Sekian dulu...tq kerana sudi BACA.FIKIR.TAFSIR.

4 comments:

  1. Tq bancik...semua yang baik dtg dari Allah s.w.t,segala kekurangan adalah dari kekhilafan diri kiter sendiri..semoga apa yang Chek kongsikan dapat memberi menafaat kepada umat Islam yang lain..

    semasa chek membaca komen2 berkenaan makcik nie,chek terpikir...kekadang kiter terlupa mengkaji apakah modus operandi makcik sitt al wuzara nie kerana kiter terlalu ghairah mencari identiti seseorg disebalik semua nie.Bg Chek kesedaran mengenai modus operandinya adalah yang paling penting dalam memerangi fitnah yang ditulis oleh para musuh org Islam.Identiti hanyalah topeng agenda, modus operandilah yang membuatkan sesuatu agenda itu berjaya @ tidak.

    ReplyDelete
  2. Bersamalah kita bermuhasabah. Umat Islam ketika ini diperkotakkatikkan dari segenap sudut.

    ReplyDelete