PERINGATAN: PENIPUAN KAD KREDIT & LANGKAH PENCEGAHAN

Lagi Penipuan Kad Kredit....

As Salam...


Ari nie Chek nak share pasal Kes Penipuan Kad Kredit & langkah pencegahan. Kes nie berlaku pada diri Chek sendiri...ceritanya begini:

Semalam 12/09/2011 chek menerima satu panggilan telefon yang kononnya daripada Pegawai Customer Services Hong Leong Bank (nama pegawai Tan Ing Teng no tel: 07-5112826) yang mengatakan bahawa Chek telah memohon master card Hong Leong Bank (no Acct 5734310072043537) pada 26/04/2011 yang mempunyai limit credit sebanyak RM9000.00 dan mengatakan Chek telah berhutang dengan Hong Leong Bank sebanyak RM7246.00 walhal Chek tidak pernah memohon mana2 kad kredit apatah lagi menggunakan kad kredit. Pegawai Customer Service dari Hong Leong Bank itu juga mengatakan bahawa Chek juga akan menerima panggilan daripada Balai Polis Johor Baharu berhubung dengan perkara itu.Beberapa minit kemudian Chek menerima satu lagi panggilan daripada seorang lelaki Cina menggunakan no (07-5561222) yang menyatakan bahawa beliau adalah Pegawai Polis dari Johor Baharu. Merasakan bagai ada sesuatu yang agak mencurigakan, lalu Chek bertindak untuk memutuskan perbualan dan membuat laporan Polis berkenaan isu tersebut. Di Bawah adalah salinan asal laporan Polis yang Chek buat..


LAPORAN POLIS

 Daripada apa yang dimaklumkan oleh Pegawai Polis yang bertugas, panggilan telefon itu adalah salah satu sindiket penipuan/pangilan palsu...yang cuba memperdayakan org ramai untuk memasukkan sejumlah wang di dalam akaun yang diberikan @ mereka cuba untuk mendapatkan MAKLUMAT SULIT BANK ANDA .Berkenaan no yang didakwa daripada Balai Polis Johor,pegawai polis yang bertugas mengesahkan bahawa no yang tertera di skrin handphone Chek memang no Telefon Balai Polis Skudai(075561222).(* dan Chek sendiri telah membuat beberapa search di INTERNET dan mendapati no tersebut sememangnya no tel Balai Polis Skudai)Menurut pegawai berkenaan,sindiket tersebut mempunyai alat untuk menggunakan no sesiapa shj yang dirasakan dapat dimanipulasikan bagi menjayakan niat JAHAT mereka.Antara langkah2 keselamatan sekiranya terjadi perkara tersebut adalah seperti berikut:


Apa yang perlu ANDA lakukan???
  1.  JGN PANIK!!!.(Ini sangat penting: untuk bertenang supaya mangsa dapat berfikir secara waras apakah tindakan selanjutnya)
  2. Catit segala maklumat penting seperti(nama pegawai,dari cawangan mana,no akaun,no telefon,masa,tarikh dan lain2 maklumat yang dirasakan dapat menolong anda ) yang diberikan dengan teliti supaya senang semasa membuat laporan polis.
  3. Jgn dedahkan maklumat peribadi ANDA kepada sesiapa sahaja melalui TELEFON,SMS @ EMAIL. Sekiranya ingin membuat laporan Polis,sila ke balai yang berdekatan dengan anda.
  4. Sekiranya anda mensyaki sesuatu yang tidak kena, cuba meminimalkan perbualan anda.
  5. Sila buat semakan/pengesahan samada no yang tertera adalah no daripada bank berkaitan.
  6. Sentiasa peka dengan pengumuman yang dibuat oleh Pihak Bank Negara dan polis. 
  7. Sila buat panggilan/aduan ke Bank yang berkaitan untuk pengesahan.
  8. BUAT LAPORAN POLIS.


Sekiranya ada dikalangan ANDA pernah menghadapi situasi sebegini,apakah tindakan yang ANDA akan lakukan??...


Sekian...


Terima kasih kerana sudi BACA,FIKIR dan TAFSIR.


Comments

  1. Thanks. Share benda ni sebab saya pun dapat call yang sama dari nombor yang sama dengan cara yang sama. Dan saya pun tak pernah ada urusan dengan Hong leong pun.

    ReplyDelete
  2. Same thing happened to me (exactly all details sama) tapi dia tersilap, dia kata dia dari balai polis johor bahru for the follow up calls tapi nombor Bank Negara KL. When i said pasal kata JB tapi nombor KL, dia letak phone. And a few seconds later ada call from balai polis JB (nombor sama mcm kes u) kata dari JB Utara. Tht when i know this is a scam. Same voice, different regional numbers.

    When i insisted will check with my friend kat HL Credit Card Centre, 'polis' tu letak phone. He will try to persuade you to lodge a phone report which i think to get your details. Dont fall into this trap.

    When i checked with HL KL, they said i dont have a credit card in the system and never approved any under my name. They said this is a scam and i passed them the numbers. HL KL called back and said all these numbers are fake.

    Pls everyone, please check with your bank first the validity of calls such as this. It will only take u like 5 minutes to counter check. Just to be safe.

    This happened to me this morning, 1030am, 15 September 2011.

    ReplyDelete
  3. I just got the same call, I found this page when I key in the phone numbers.... exactly the same story !!!

    ReplyDelete
  4. Tq Nin,amish and unknown for comments.Really appreciate that. There is a few thing that u have remember...

    1. Always use your logic..don't panic.
    2.Take time...to think.
    3. Bila buat report polis,pastikan anda ada laporan black and white.Better be save that never.(laporan polis boleh dibuat dimana2 cwgn berhampiran anda)
    4. Ketahui hak2 ANDA sebagai pengguna might help.
    5. Anda berhak memutuskan talian telefon sekiranya anda curiga dengan apa yang anda dengar.

    *Yang paling penting,jgn panik,sbb kalo panik masa nie la si scammer nie akan gunakan reverse psycology untuk menipu anda.Sebab dia tau bila anda panik,fikiran anda terhad.Masa yang diambil untuk menipu adalah dalam masa 20min-30min pertama...jikalau anda terperangkap,mungkin anda akan tertipu dan mengalami kerugian.

    ReplyDelete

Post a Comment