JGN Jadi MANGSA SI PENIPU DI INTERNET!!!!!!(Part 1)

As Salam.....

Pernahkah anda menerima email,brosur yang promote untuk join BIZ online????....

Pernahkah anda menerima email yang berbunyi seperti dinyatakan dibawah???


Contoh SCK :
KES 1 :  Anda menerima email yang berbunyi begini.... "Peluang perniaagaan TERHEBAT ALAF INI,Anda tidak perlu berbuat apa2(duduk diam dapat duit),cuma beli perkhidmatan akaun simpanan kami yang berharga RMXXX,dan anda hanya perlu menaja XX org dan anda akan dapat menjana sehingga RM 30K....REBUTLAH SELAGI PELUANG MASIH ADA....


KES 2:  Anda menerima email atau brosur yang mengajak anda menyertai Sistem Kutu secara Wang Pos.Dimana anda dikehendaki memasukkan sejumlah amout ke akaun simpanan para peserta yang terlebih dahulu,kemudian anda dikehendaki mencari beberapa orang rakan sebagai downline anda,lagi banyak downline dibawah tajaan anda,lagi lumayan pendapatan anda....dan kemudian downline anda juga dikehendaki melakukan perkara yang sama(duplikasi plan) untuk sama2 menikmati pendapatan lumayan.

Analisa KES1 & KES2: Nampak mcm mudah kan???..Siapa yang tidak mahu!! .....tapi sebenarnya jika dikaji dari segi plan pemasaran, ia adalah sebenarnya merupakan salah satu ciri2 Skim Cepat Kaya(SCK) kerana ia memerlukan anda menjadi sebahagian daripada agenda tersembunyi penganjur program tersebut.Sekiranya anda seseorang yang mudah gelap mata/kurang berilmu dalam bidang2 perniagaan samada online @ konvensional,bersikap terburu-buru dan tidak melakukan research terlebih dahulu,maka dengan itu anda lebih mudah menjadi MANGSA PENIPUAN SKIM CEPAT KAYA!!!!


So,
Ari nie Chek ingin berkongsi pasal tips untuk mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa penipuan INTERNET terutamanya Skim Cepat Kaya yang mempunyai ciri2 piramid. Sana-sini orang bercakap pasal ISU PENIPUAN DI INTERNET(Skim Cepat Kaya dan sbgnya) terutamanya bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak dalam bidang perniagaan(x kira la secara konvensional ataupun secara online). Ok,Sebelum Chek terangkan dengan lebih lanjut bagaimana tips2 mengelakkan daripada diri anda ditipu,terlebih dahulu kita mestilah berkenalan dulu dengan istilah2 yang sering dikaitkan dengan unsur2 penipuan ini....



Apa itu Skim Cepat Kaya?????

* Mengikut istilah yang dikeluarkan oleh BNM - Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko. (Sumber dipetik daripada laman web BNM)

(******Untuk info semua hanya Institusi yang berikut dibenarkan mengambil deposit)
  1. Bank-Bank Perdagangan
  2. Bank-bank Pelaburan
  3. Institusi-institusi Kewangan Pembangunan
  •                 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
  •                 Bank Pertanian Malaysia
  •                 Bank Simpanan Nasional
   4. Lembaga Urusan Tabung Haji
   5. Koperasi-Koperasi berdaftar.


Untuk bacaan lanjut sila ke laman web rasmi Bank Negara Malaysia


*(sumber dipetik dari Wikepedia)-Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen. Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya, antaranya adalah Skim piramid dan Skim Ponzi. Di Malaysia Skim Cepat Kaya yang paling terkenal adalah skim Pak Man Telo.
Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yang sama atau lebih tinggi. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ia akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.

Pada kebiasaannya antara ayat-ayat skim cepat kaya adalah:-
  • "Anda hanya perlu mengeposkan kepada .. orang yang kemudiannya akan membuat deposit kedalam akaun anda....."
  • Anda tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya tunggu wang terkumpul dalam akaun anda...."
  • Dijamin tiada risiko, dan wang akan dipulangkan kembali.
  • Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989;
  • Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan
  • Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan).


Ok, Bagaimana pula cara untuk mengenali Skim Cepat Kaya ni???
Mengenali Bentuk Skim Cepat Kaya
  1. Selalunya Skim ini berbentuk Piramid
  2. Jualan Langsung
  3. Pengambilan Deposit tanpa Lesen (IDT)
  4. Urusniaga wang asing tanpa lesen(FOREX)

Bersambung part 2.......

Comments

  1. nak kaya ngan buat kek..hehehehe..sihat nahda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ Alin...Alhamdulillah sihat seadanya...hehhehe...
      betui2...drp join skim pelsu dan dan SCK nie...

      Delete

Post a Comment